Thursday, March 16, 2017

1st Anniversary | Sabah ( Part 1 )



07102016 , Jumaat : 1014 pagi | lepas subuh bertolak dari Temerloh ( rumah mertua ) ke Putrajaya Sentral. Haritu tah macam mana dengan hujannya, dengan jem nya, waze pulak bawak jalan yang tak pernah lalu sebab nak ngelak ke jem tuh. hihihi. Flight pukul 11.50 pagi. Sampai dekat Putrajaya Sentral tu dekat 10 lebih. Selalunya kena check in sejam awal dari masa tikrt. seram sejuk seram sejuk je dekat Putrajaya Sentral tu ha! pastu dah sampai putrajaya sentral , Kena tunggu ERL sampai pulak dekat 15 minit, lagi la berdebor! RM 18 per entry untuk bayaran parking dekat Putrajaya Sentral tu. Korang parking lah 5 hari ke 6 hari ke tetap RM 18. 



Alhamdulillah dah dapat naik ERL. Muka senyum tapi berdebor. Selalu pergi KLIA 2, ni kena redah KLIA lama, berdua pulak tuh. Masa sampai sana tak pikir makan ke ape dah, Janji dapat check in beg setel! hehe . Kemain check in , tapi flight delayed! haiyaaaa, perut bampik kakbena ni kemain la keriuk keruik duk berlagu ! hehehe :)



ni tiket flight kiteorang. Kiteorang naik Malindo Air. Masa ni beli 3 bulan awal dari tarikh tu kot. Harga tiket + caj itu ini itu ini lebih kurang RM 580 macam gtu la. Harga tiket ni untuk pergi dan balik. Kakbena taktahu lah tiket tu murah ke idok. Yang penting acah-acah honeymoon kali kedua nak pergi jauh sikit. Sabah la uolls! Walaupun ni kali kedua kakbena nak pergi Sabah, tapi kali pertama pergi berdua. :)



Masa ni tengah flight delay lagi, ramai jugak orang nak pergi Sabah ye. Hihi 



Tiket 11.50 pagi yang betulnya. Dalam 12.30 tengahari baru boleh naik. Sabor je lah. Agak terganggu jugak la jadual. Sebab kakbena dah susun cantik2 dah jadual untuk sampai sana. :)



Tak lama dalam flight, Malindo sediakan makanan sikit2 ni ha. Itu yang best naik Malindo sebab free bab ni. Hiks! Terubat lah sikit kelaparan bampik kakbena ni ha! hiks tapi air sikit sangat, bagi kakbena tak cukup lah! hahahaha!



tengok ha muka bahagia bampik bila dapat makanan! yang tak menahan tak nak bukak tu bantal kat leher! HAHAHA :) 




Setengah jam pertama boleh lagi nak posing2 amik gambar bagai. Lepastu kakbena macam biasa terbongkang tidur! hahaha! bampik duk melayan cerita je! papepon entertainment dalam Malindo best! 



Setel amik beg. Setel apa patut dekat Airport Kota Kinabalu. Kiteorang sampai lebih kurang dalam 3.30 petang macam tu lah. Lepastu terus contact orang kereta sewa kiteorang. Kiteorang sewa viva elite auto. Dalam gambar ni bampik tengah bayar , Isi itu ini untuk sewa kereta dekat sana. Kiteorang cari dalam instagram je. Femes jugak la instagram dia tapi lupa dah apa nama intsagram orang service kereta sewa ni ha! hihihi korang serach je #keretasewasabah nanti berlambak lah keluar! hehe



kiteorang lapar sangat. Masuk mall mana tah lupa sangat, Paling senang pikir masa ni makan KFC je lah. Paling rare cili sos dieorang dalam botol lagi! hehe Teringat kenangan dulu-dulu makan KFC. hehe Kiteorang masa ni macam terkejar-kejar sebab kiteorang kena naik ke kundasang terus petang tuh. Orang kata tak elok pergi kundasang dah gelap2 ni. Yela dekat sana pukul 5 lebih dah nak gelap2 macam maghrib. Pukul 7 dah macam pukul 8 9 malam, tapi hati kiteorang kental, redah je jugak naik Kundasang petang tu jugak walaupun gelap. Dah la guna bantuan waze je naik kat atas sana cari hotel. Hehe Masa tu tak fikir pasal hantu ke jalan gelap ke apa yang seram2 lah sebab pikir nak tidur sebab penat ! hahahaha tapi nak bagitahu memang gelap ya amat nak naik ke kundasang bila dah malam ni. Huuuuu ~




Lebih kurang dalam pukul 8 malam sampai dekat hotel Ayana Holiday Resort . Bila turun dari kereta. Fuh! Sejuk sangat. Hotel ni kiteorang tempah dekat Traveloka dapat murah. Dari RM 100 ++ tapi lepas guna coupon jadi la RM 68 je. Berbaloi la. Duduk tepi lereng bukit. Kawasan hotel cantik. Bilik cantik. Lepastu sejuk tu penting ! hehehe :)


Bilik Bampik Kakbena ^ 



Toilet pun bersih. Bilik memang takde airocnd la. Ada kipas je. Macam Cameron Highland lah lebih kurang . Masa nak mandi masa ni, rasa macam tak nak mandi , air pun macam air batu ha! Sejuk ya amat ! hehehe tapi kena mandi jugak sebab belengaih! ( banyak nauuu tanda seru, hahaha )



bilik kiteorang dekat bawah tu ha. Ha ni nak pesan, kalau nak duduk hotel Ayana Holiday Resort Kundasang ni tak sesuai untuk yang tak fit turun naik tangga macam kakbena ni ha, hahahaha ~~lepastu bawak anak-anak kecik dan orang tua yang tak berapa sihat untuk jalan. Sebab bilik dieorang tepi lereng lepastu kena turun ke bawah tuh. Malam tu tak keluar memana pun sebab dah penat, makan KFC lagi sekali yang di bungkus sorang satu lepastu buat milo panas. Mablesss! Esok pagi baru jejalan pepuas dekat kundasang ni. Tunggu lah ye Part 2 lak nanti tau ! ( bile tah lagi rajin menaip nih hahaha





#msasnaih
#bangpikakbena


No comments: