Thursday, July 21, 2016

Microwave Oven Sharp



20072016, Rabu | sebelum ni kak bena gaduh-gaduh manja dengan abampik. Hihihi semalam abampik balik temerloh ada kerja sikit. Kak bena macam biasa balik kerja masak + basuh baju + jemur baju. Lepastu tunggu abampik balik dari temerloh. Masa abampik sampai memang muka tak nak senyum (merajuk kan.hahaha). Lepastu tengok-tengok abampik angkat kotak microwave letak atas meja makan. Masa ni kaver senyum. Tapi tak boleh tahan nak senyum. Senyum lah jugak! Hihihi. Abampik cakap hadiah untuk kak bena. Ololololo so omentik! Hahahaha ♡



Love, 
#msasnaih
#bangpikakbena



Monday, July 4, 2016

#msasnaih : throwback outdoor bangpikakbena




Assalammualaikum w.b.t. Ok sebelum kakbena tayang gambar outdoor kakbena. Kakbena nak tayang gambar dekat photo booths. HIHIHI tak dapat pelamin rustic , photo booths rustic pon jadi laaaaa. hehehe :)



ayih bawak kiteorang pergi pantai balok kot rasenye. Tempat nih memang femes pengantin amik gambar. Masa kiteorang amik gambar ni pon ada laa dua tiga orang pengantin duk amik gambar jugak. Megat paling win tunggu kiteorang punya majlis sampai ke outdoor . Dia lah yang sokmo duk jerkah lah. Duk marah la bila kiteorang duk amik gambar tapi duk bercakap. HAHAHA tu yang terselit jugak dia tu ha dalam gambar . hihihi Masa ni malu ya amatttt amik gambar dekat-dekat dengan abampik. Tak biasa weh! hi hi hi :)






hasil-hasil gambar ayih amikkan : WAN AYIH PHOTOGRAPHY .


kakbena bawak dayang-dayang kakbena. dayang-dayang kakbena adik-adik kakbena + Sabrina (kawan kakbena) serta anak-anak buah kakbena yang blur bila kena buat photoshoot outdoor nih. HAHAHA


kalau perasan lah kan . gambar mek demuk chacha. muka nak masam je. mak-mak sedara kemain muka excited ! Hahahaha ~




Alhamdulillah sangat sebab setel bergambar tepi pantai nih . Penat tu tak terkata tau! Penat sampai dah tak larat nak senyum. Megat macam biasa la ngusik kiteorang , tu yang boleh tersenyum tuh! hehehe :)


Last sekali amik gambar dengan kawan-kawan abampik, ayih - syafiq azmi - megat ! 


Kalau nak kenal ayih tu ha gambar dia dengan abampik. Dieorang amik gambar berdua sebab masa ayih kawin bulan 9 , ayih pun pakai set warna emerald green ! hihihi kawan sejati betul! kebetulan hokey bukan plan nak pakai sama! 


Nanti kalau masa lebih dekat office ni kakbena update majlis bertandang belah abampik pulak tau! harap-harap kejap lagi balik awal laaaaa. Ta saba nak ghayeeeeee! hi hi hi hi




Love,

#msasnaih
#bangpikakbena







#msasnaih : throwback hari sanding bangpikakbena


Assalammualaikum w.b.t ,  harini baru ada masa nak update blog. Bersawang dah gamoknye blog ni. hihihi :) harini still kerja , ramai yang dah cuti kerja. Relaks lah kampung belah suami dekat. Rumah mama abah kakbena memang kuantan je. Tak yah kalut2 lah. Tak hadap jem jugak. Alhamdulillah sesaangat! Harini datang office bawak laptop abampik , kakbena macam biasa godek-godek gambar kahwin dalam hardisk. Gigih edit sebab dah lama tinggal alam edit mengedit gambar dengan membebel dekat blog nih. hehehe :) moh lah kite main throwback-throwback gitewww :) Papepon TQ so much dekat ayih sebab amik gambar lawo-lawo dekat majlis kiteorang . nah PAGE dia ! 




Pagi tu pepagi lagi bangun untuk make-up. Rombongon sebelah lelaki datang pukul 12. Gelabah jugak lah. Tak tahu sebab apa gelabah. hihihi :) ni gambar pelamin kakbena , kakbena sebenarnya nak tema rustic tapi masa tunang dah tema rustic, mama suruh amik tema bunga-bunga pulok! hehe Lepastu bantal MR & MRS tu kakbena jahit sendiri macam biasa lah. Dua tiga hari nak nikah baru siap bantal tu, suka sangat buat kerja last minit! hehehe :) Guest book dapat masa buat pakej sekali kad kahwin. Meja beradab pon kakbena mintak yang paling simple. Tak nak ada kerawang-kerawang bagai nih . Nak simple je dan hasilnya memuaskan bagi kakbena laaaaaa ~ hihihi :)




Dalam pukul 12 tu tunggu rombongan abampik dan keluarga sampai untuk majlis bersalam-restu. Kakbena tak buat renjis-renjis bagai nih sebab tak nak ! Mama nak buat jugak tapi kakbena still tak nak. Duduk atas pelamin untuk buat salam restu aje. Lepastu untuk amik gambar dengan family, kawan2 yang datang majlis kakbena :) Lepas dah habis salam restu terus g makan beradab dan potong kek. Kakbena tak buat kek tapi kakbena buat pulut kuning, Tu semua idea mama. Kakbena no hal! TQ untuk Sabrina , kawan kakbena sanggup jadi pengapit kiteww! Abampik macam biasa amik adik dia Syamil jadi pengapit! 




Masa makan tu tak lalu pun nak makan. Rasa kenyanggg je. Kakbena rasa semua pengantin akan rasa macam ni kot. HAHAHA kan kan kan? Lepas rombongan belah lelaki dah siap-siap makan baru start sesi amik gambar ni. Cop cop! Majlis ni ada susun atur sebab DJ Lanz yang Abeyie rekemen kan sangat-sangat puas hati . Dia dah susun semua aturcara majlis kakbena. Kiteorang just ikut apa yang dia suruh. Alhamdulillah lancar sangat majlis takde la kelam kabut jap lagi nak buat ape dan ape dan ape lagi. Hihihi! Kalau nak hubungi DJ Lanz ni ni no hengpong dia 019-932 0452. Try lah whatsApp dia. Dia duduk Pekan. Majlis kakbena dekat Kuantan dia still amik. Heee~ Lepastu sesi amik gambar dengan mama, abah, mak, abah & tok. 




Lepastu sesi bergambar ramai-ramai dengan family. Yang gambar kiri atas tu family angkat dari Johor datang jauh-jauh untuk majlis bangpikakbena nih :) TQ jugak untuk kawan-kawan rapat abampik ceriakan suasana majlis kiteorang. Kawan-kawan kakbena pon tau tapi gambar tarak sebab banyak sangat gambar nak kena edit (pemalas hahaha) TQ so so so so much untuk family kakbena sebab banyaknya lah tolong di belakang tadbir masa majlis kahwin kakbena ni. TQ untuk mama abah sebab layan tetamu2. Abeyie abelie tolong tambah-tambahkan lauk majlis. Yan Adik sebab tolong pegang beg mama. HAHAHA eh silap tolong bagi goodies lah! hihihi TQ untuk kakak2 ipar jugak lepastu anak-anak buah kakbena menceriakan keadaan! Sedara mara kakbena dari kelantan. Jiran-jiran kak bena yang kasi tumpang khemah depan umah . SEMUA lah! Lepastu untuk mak mertua, abah mertua TQ so much jugak terima kite seadaanya ye ye . TQ untuk sedara mara abampik jugak datang ceriakan majlis bangpikakbena nih tau! Sorry tak upload semua gambar sebab banyak sangat haihhhh! 


Nanti kakbena update gambar outdoor petang tu lepas majlis dah setel. Tak tahu lah tu bila pulak nak update tu. HAHAHA







Love,
#msasnaih
#bangpikakakbena










Tuesday, November 3, 2015

#msasnaih : malam nikah


09102015, Jumaat | sebelum maghrib lagi start makeup. Janji dengan jurunikah pukul 9. Rombongan belah lelaki datang pukul 8.45. Kite duduk dalam bilik je. Bajet2 orang akan panggil keluar la. Rumah dah penuh dah dengan sedara mara, kawan2, jiran2 semua. Tunggu punya tunggu. Tetibe makcik opis whatsApp tahniah dah sah jadi isteri orang. Lol. Kirenye tak kena panggil. Har har har. Mudahnya lah akad nikah ni eh. Tup tup kite dah jadi isteri orang. Hiks! Mood tak puas hati sikit la sebab tak tengok abam sayam kite akad nikah tu. Hee :) lepastu baru lah panggil keluar. Baca taklit apa semua tu. Lepastu batal air sembahyang. Lepastu amik gambar dekat pelamin sikit. Lepastu makan makan. Lepastu belah lelaki balik. Kite dengan family kemas2 rumah untuk majlis besar esoknya pulak. Weeee ♡ Alhamdulillah sangat sangat majlis semua dipermudahkan dan berjalan lancar. 



xoxo
#msasnaih
#bangpikakbena


Wednesday, October 7, 2015

Super busy.


02102015, Jumaat | balik dari kerja bertolak ke Shah Alam sebab sabtu ahad dah start kelas. Fuh! Macam biasa bangpik jadi drebar kite. Drebar setia nih. Hiks! Bertolak dalam pukul 7. Sampai dekat tol gombak pukul 8.30 malam. Betapa lajunya bangpik kite bawak kereta. Hiks! Pergi amik yan dekat rumah dia. Lepastu check in hotel. Pergi makan kejap. Lepastu pergi pusing uitm kejap nak tengok jarak masa dari hotel ke uitm. Hihihi. Lepastu balik hotel tidur! 


03102015, Sabtu | pepagi lagi dah bangun sebab kelas 8.30 pagi. Bangpik hantar kite sampai depan pintu kelas. Hahaha! Mama dengan yan tunggu dekat hotel je. Kite habis kelas 11.30pagi tapi kena pergi cari cyber cafe sebab nak kena validates subjek. Lepastu nak print note dalam iclass. Fuh! Makan sesame bangpik dekat mamak. Tapau makanan untuk mama dengan yan. Hantar makanan terus pergi uitm pulak sebab kelas ENT start pukul 2 petang. Lecture hensem gile. Putih melepak! Segar bugar la. Duduk depan pulak! Ha ha ha ha ha! Balik pukul 4petang. Tunggu bangpik datang amik. Dalam kereta cerita lah pasal lecture hensem tu. Mama yan ngan bangpik kaw2 gelak. Hahahahaha! Lepastu pergi makan meatball dekat ikea. Jejalan la dalam ikea tu. Gile best! Hihi. Tapi kalah dengan mama sebab kite sakit pinggang. Hehehe :) lepastu yan pergi dobi basuh baju kotor dia. Kite dalam kereta tidur terbongkang. Maaflah ye bangpik! Hi hi hi


04102015, Ahad | pergi sarapan dengan bangpik duluuuu. hari ahad pun kelas pagi. 8.30 sampai 10.30 kelas macroeconomic. 10.45 sampai 12.45 kelas management. Tapi dapat balik awal sikit haritu. Yeay! Tunggu bangpik mama ngan yan datang amik. Terus pergi sekinchan pulak. Kenduri kawan bangpik masa uniten. Pastu pusing balik hantar yan. Singgah petronas kejap. Lepastu balik kuantannnn. Yeayyyy! Hiks 




xoxo
#familybena
#msasnaih
#lebiub
#lebiubangpik