Sunday, May 14, 2017

1st Anniversary | Sabah ( Part 2 )


Baru sempat nak sambung part 2. hihihi




08102017, Sabtu : 0614 pagi | dekat sana pukul 6 dah cerah macam pukul 7. waktu ni bangun terus pergi bukak tingkap, sejukkkk sangat waktu ni, acah2 hirup udara segorr. hihihi :)


tengok ha muka bampik baru bangun tidur terus ngadap pemandangan kat luor. 




08102017, Sabtu : 0645 pagi | sebelum keluar berjalan, kite sarapan dulu. Kiteorang bawak bekal roti, milo 3 in 1, biskut tiger . Yela kan, nak redah cari sarapan malas lagi pagi2 ni sebab kedai pun tak tahu jauh mana kan, itu yang kiteorang bawak bekal. Syiokkk dapat minum milo panas masa sejuk2 macam ni. Kakbena yang susah minum air panas ni pun jadi suka minum milo panas bila cuaca sejuk macam ni . hee :)




satu untuk bampik, satu untuk kakbena, cicah roti dalam milo panas. Mablesssss uols! hiks




08102017, Sabtu : 0700 pagi | dah siap2 makan, dah siap2 kemas baju sikit. Bersiap2 nak check out . Kiteorang siap tempah baju sama untuk berjalan waktu nih. Tempah dengan kawan bampik, tup tup dia bagi free. Alhamdulillah ! Hiks!




08102017, Sabtu : 0705 pagi | sementara bampik tengah mandi, macam biasa lah kakbena amik gambor acah2 photographer power gittuuuu! hahaha Kiteorang bawak macam2, mini tripod la, monopod la, tripod yang besar pon bawak. ni semua kerja kakbena hahahaha yang paling penting Yi Cam memang tak boleh tinggal sebab kalau guna camera ni best boleh nampak background belakang dengan luas, takde lah amik gambar berdua nampak muka tembam kakbena dengan bampik ni ha! hehehe :)




08102017, Sabtu : 0748 pagi | ok dah siap2 semua. Wajib amik gambar depan bilik hotel yang cantik ni ha! suka sangat design hotel sini. Berpuluh kali jugak lah snap. Selamat lah ada tripod + Yi Cam wifi ni ha . Bilik kiteroang dekat atas tu ha. Nampak tak ada beg biru atas kerusi tu . Tak sempat nak lepak2 depan bilik sebab kucing banyak dekat sini. Kakbena takut kucing. Ok Bai.




08102017, Sabtu : 0754 pagi | masa nak naik ke atas tempat receptionist + parking kereta . Dah lah mengah, nak angkut beg lagi, dengan kucing pun sama naik nak bergesel dekat kaki. Tengok ha kiteorang wefie pon ada sekor kucing nak masuk dalam gambar jugak! hahahaha :)




08102017, Sabtu : 0759 pagi |  Kalau korang duduk dekat Ayana Holiday Resort ni , sebelum naik ke tempat receptionist , korang wajib berhenti amik gambar dekat trademark hotel ni ha. Cantik kan pemandangan dekat belakang tu ? Kakbena bampik suka amat !




08102017, Sabtu : 0800 pagi | bila amik gambar bampik sekeping je dah lawo, bila bampik amik gambar kakbena berkali kali biar sampai puas hati ! ada lah jugak kadang2 bampik bengang dengan kakbena sebab banyak kali kena amik tempat sama! hahahaha 




08102017, Sabtu : 0801 pagi | Tengok ha muka bampik penat tak cukup nafas sebab kena naik tangga tinggi + kena layan bini amik gambar + angkat beg berat ! HAHAHA :) maaf bampik!




08102017, Sabtu : 0802 pagi | sebelum check out jejalan sekitar hotel dulu kejap, suka betul bampik & kakbena tengok hijau2 belakang tu ha! :) 




08102017, Sabtu : 0806 pagi | bampik dah pergi dekat kereta , kakbena sempat lagi la selfie depan pintu gerbang hotel Ayana Holiday Resort ni. 




08102017, Sabtu : 0807 pagi | sebelum gerak ke destinasi seterusnya kena amik gambar latar belakang hotel dulu. Boleh bayangkan tak hotel kiteorang dekat bawah tu ha ! hahaha masa ni rasa macam dah kurus ! rasa je lah, tapi tak kurus pong! hahaha :) ok nanti part 3 kite cerita pasal Kinabalu Park , Kundasang. Hokey? :)







#msasnaih
#bangpikakbena



Thursday, March 16, 2017

1st Anniversary | Sabah ( Part 1 )



07102016 , Jumaat : 1014 pagi | lepas subuh bertolak dari Temerloh ( rumah mertua ) ke Putrajaya Sentral. Haritu tah macam mana dengan hujannya, dengan jem nya, waze pulak bawak jalan yang tak pernah lalu sebab nak ngelak ke jem tuh. hihihi. Flight pukul 11.50 pagi. Sampai dekat Putrajaya Sentral tu dekat 10 lebih. Selalunya kena check in sejam awal dari masa tikrt. seram sejuk seram sejuk je dekat Putrajaya Sentral tu ha! pastu dah sampai putrajaya sentral , Kena tunggu ERL sampai pulak dekat 15 minit, lagi la berdebor! RM 18 per entry untuk bayaran parking dekat Putrajaya Sentral tu. Korang parking lah 5 hari ke 6 hari ke tetap RM 18. 



Alhamdulillah dah dapat naik ERL. Muka senyum tapi berdebor. Selalu pergi KLIA 2, ni kena redah KLIA lama, berdua pulak tuh. Masa sampai sana tak pikir makan ke ape dah, Janji dapat check in beg setel! hehe . Kemain check in , tapi flight delayed! haiyaaaa, perut bampik kakbena ni kemain la keriuk keruik duk berlagu ! hehehe :)



ni tiket flight kiteorang. Kiteorang naik Malindo Air. Masa ni beli 3 bulan awal dari tarikh tu kot. Harga tiket + caj itu ini itu ini lebih kurang RM 580 macam gtu la. Harga tiket ni untuk pergi dan balik. Kakbena taktahu lah tiket tu murah ke idok. Yang penting acah-acah honeymoon kali kedua nak pergi jauh sikit. Sabah la uolls! Walaupun ni kali kedua kakbena nak pergi Sabah, tapi kali pertama pergi berdua. :)



Masa ni tengah flight delay lagi, ramai jugak orang nak pergi Sabah ye. Hihi 



Tiket 11.50 pagi yang betulnya. Dalam 12.30 tengahari baru boleh naik. Sabor je lah. Agak terganggu jugak la jadual. Sebab kakbena dah susun cantik2 dah jadual untuk sampai sana. :)



Tak lama dalam flight, Malindo sediakan makanan sikit2 ni ha. Itu yang best naik Malindo sebab free bab ni. Hiks! Terubat lah sikit kelaparan bampik kakbena ni ha! hiks tapi air sikit sangat, bagi kakbena tak cukup lah! hahahaha!



tengok ha muka bahagia bampik bila dapat makanan! yang tak menahan tak nak bukak tu bantal kat leher! HAHAHA :) 




Setengah jam pertama boleh lagi nak posing2 amik gambar bagai. Lepastu kakbena macam biasa terbongkang tidur! hahaha! bampik duk melayan cerita je! papepon entertainment dalam Malindo best! 



Setel amik beg. Setel apa patut dekat Airport Kota Kinabalu. Kiteorang sampai lebih kurang dalam 3.30 petang macam tu lah. Lepastu terus contact orang kereta sewa kiteorang. Kiteorang sewa viva elite auto. Dalam gambar ni bampik tengah bayar , Isi itu ini untuk sewa kereta dekat sana. Kiteorang cari dalam instagram je. Femes jugak la instagram dia tapi lupa dah apa nama intsagram orang service kereta sewa ni ha! hihihi korang serach je #keretasewasabah nanti berlambak lah keluar! hehe



kiteorang lapar sangat. Masuk mall mana tah lupa sangat, Paling senang pikir masa ni makan KFC je lah. Paling rare cili sos dieorang dalam botol lagi! hehe Teringat kenangan dulu-dulu makan KFC. hehe Kiteorang masa ni macam terkejar-kejar sebab kiteorang kena naik ke kundasang terus petang tuh. Orang kata tak elok pergi kundasang dah gelap2 ni. Yela dekat sana pukul 5 lebih dah nak gelap2 macam maghrib. Pukul 7 dah macam pukul 8 9 malam, tapi hati kiteorang kental, redah je jugak naik Kundasang petang tu jugak walaupun gelap. Dah la guna bantuan waze je naik kat atas sana cari hotel. Hehe Masa tu tak fikir pasal hantu ke jalan gelap ke apa yang seram2 lah sebab pikir nak tidur sebab penat ! hahahaha tapi nak bagitahu memang gelap ya amat nak naik ke kundasang bila dah malam ni. Huuuuu ~




Lebih kurang dalam pukul 8 malam sampai dekat hotel Ayana Holiday Resort . Bila turun dari kereta. Fuh! Sejuk sangat. Hotel ni kiteorang tempah dekat Traveloka dapat murah. Dari RM 100 ++ tapi lepas guna coupon jadi la RM 68 je. Berbaloi la. Duduk tepi lereng bukit. Kawasan hotel cantik. Bilik cantik. Lepastu sejuk tu penting ! hehehe :)


Bilik Bampik Kakbena ^ 



Toilet pun bersih. Bilik memang takde airocnd la. Ada kipas je. Macam Cameron Highland lah lebih kurang . Masa nak mandi masa ni, rasa macam tak nak mandi , air pun macam air batu ha! Sejuk ya amat ! hehehe tapi kena mandi jugak sebab belengaih! ( banyak nauuu tanda seru, hahaha )



bilik kiteorang dekat bawah tu ha. Ha ni nak pesan, kalau nak duduk hotel Ayana Holiday Resort Kundasang ni tak sesuai untuk yang tak fit turun naik tangga macam kakbena ni ha, hahahaha ~~lepastu bawak anak-anak kecik dan orang tua yang tak berapa sihat untuk jalan. Sebab bilik dieorang tepi lereng lepastu kena turun ke bawah tuh. Malam tu tak keluar memana pun sebab dah penat, makan KFC lagi sekali yang di bungkus sorang satu lepastu buat milo panas. Mablesss! Esok pagi baru jejalan pepuas dekat kundasang ni. Tunggu lah ye Part 2 lak nanti tau ! ( bile tah lagi rajin menaip nih hahaha





#msasnaih
#bangpikakbena


Thursday, July 21, 2016

Microwave Oven Sharp



20072016, Rabu | sebelum ni kak bena gaduh-gaduh manja dengan abampik. Hihihi semalam abampik balik temerloh ada kerja sikit. Kak bena macam biasa balik kerja masak + basuh baju + jemur baju. Lepastu tunggu abampik balik dari temerloh. Masa abampik sampai memang muka tak nak senyum (merajuk kan.hahaha). Lepastu tengok-tengok abampik angkat kotak microwave letak atas meja makan. Masa ni kaver senyum. Tapi tak boleh tahan nak senyum. Senyum lah jugak! Hihihi. Abampik cakap hadiah untuk kak bena. Ololololo so omentik! Hahahaha ♡



Love, 
#msasnaih
#bangpikakbena



Monday, July 4, 2016

#msasnaih : throwback outdoor bangpikakbena




Assalammualaikum w.b.t. Ok sebelum kakbena tayang gambar outdoor kakbena. Kakbena nak tayang gambar dekat photo booths. HIHIHI tak dapat pelamin rustic , photo booths rustic pon jadi laaaaa. hehehe :)



ayih bawak kiteorang pergi pantai balok kot rasenye. Tempat nih memang femes pengantin amik gambar. Masa kiteorang amik gambar ni pon ada laa dua tiga orang pengantin duk amik gambar jugak. Megat paling win tunggu kiteorang punya majlis sampai ke outdoor . Dia lah yang sokmo duk jerkah lah. Duk marah la bila kiteorang duk amik gambar tapi duk bercakap. HAHAHA tu yang terselit jugak dia tu ha dalam gambar . hihihi Masa ni malu ya amatttt amik gambar dekat-dekat dengan abampik. Tak biasa weh! hi hi hi :)






hasil-hasil gambar ayih amikkan : WAN AYIH PHOTOGRAPHY .


kakbena bawak dayang-dayang kakbena. dayang-dayang kakbena adik-adik kakbena + Sabrina (kawan kakbena) serta anak-anak buah kakbena yang blur bila kena buat photoshoot outdoor nih. HAHAHA


kalau perasan lah kan . gambar mek demuk chacha. muka nak masam je. mak-mak sedara kemain muka excited ! Hahahaha ~




Alhamdulillah sangat sebab setel bergambar tepi pantai nih . Penat tu tak terkata tau! Penat sampai dah tak larat nak senyum. Megat macam biasa la ngusik kiteorang , tu yang boleh tersenyum tuh! hehehe :)


Last sekali amik gambar dengan kawan-kawan abampik, ayih - syafiq azmi - megat ! 


Kalau nak kenal ayih tu ha gambar dia dengan abampik. Dieorang amik gambar berdua sebab masa ayih kawin bulan 9 , ayih pun pakai set warna emerald green ! hihihi kawan sejati betul! kebetulan hokey bukan plan nak pakai sama! 


Nanti kalau masa lebih dekat office ni kakbena update majlis bertandang belah abampik pulak tau! harap-harap kejap lagi balik awal laaaaa. Ta saba nak ghayeeeeee! hi hi hi hi




Love,

#msasnaih
#bangpikakbena







#msasnaih : throwback hari sanding bangpikakbena


Assalammualaikum w.b.t ,  harini baru ada masa nak update blog. Bersawang dah gamoknye blog ni. hihihi :) harini still kerja , ramai yang dah cuti kerja. Relaks lah kampung belah suami dekat. Rumah mama abah kakbena memang kuantan je. Tak yah kalut2 lah. Tak hadap jem jugak. Alhamdulillah sesaangat! Harini datang office bawak laptop abampik , kakbena macam biasa godek-godek gambar kahwin dalam hardisk. Gigih edit sebab dah lama tinggal alam edit mengedit gambar dengan membebel dekat blog nih. hehehe :) moh lah kite main throwback-throwback gitewww :) Papepon TQ so much dekat ayih sebab amik gambar lawo-lawo dekat majlis kiteorang . nah PAGE dia ! 




Pagi tu pepagi lagi bangun untuk make-up. Rombongon sebelah lelaki datang pukul 12. Gelabah jugak lah. Tak tahu sebab apa gelabah. hihihi :) ni gambar pelamin kakbena , kakbena sebenarnya nak tema rustic tapi masa tunang dah tema rustic, mama suruh amik tema bunga-bunga pulok! hehe Lepastu bantal MR & MRS tu kakbena jahit sendiri macam biasa lah. Dua tiga hari nak nikah baru siap bantal tu, suka sangat buat kerja last minit! hehehe :) Guest book dapat masa buat pakej sekali kad kahwin. Meja beradab pon kakbena mintak yang paling simple. Tak nak ada kerawang-kerawang bagai nih . Nak simple je dan hasilnya memuaskan bagi kakbena laaaaaa ~ hihihi :)




Dalam pukul 12 tu tunggu rombongan abampik dan keluarga sampai untuk majlis bersalam-restu. Kakbena tak buat renjis-renjis bagai nih sebab tak nak ! Mama nak buat jugak tapi kakbena still tak nak. Duduk atas pelamin untuk buat salam restu aje. Lepastu untuk amik gambar dengan family, kawan2 yang datang majlis kakbena :) Lepas dah habis salam restu terus g makan beradab dan potong kek. Kakbena tak buat kek tapi kakbena buat pulut kuning, Tu semua idea mama. Kakbena no hal! TQ untuk Sabrina , kawan kakbena sanggup jadi pengapit kiteww! Abampik macam biasa amik adik dia Syamil jadi pengapit! 




Masa makan tu tak lalu pun nak makan. Rasa kenyanggg je. Kakbena rasa semua pengantin akan rasa macam ni kot. HAHAHA kan kan kan? Lepas rombongan belah lelaki dah siap-siap makan baru start sesi amik gambar ni. Cop cop! Majlis ni ada susun atur sebab DJ Lanz yang Abeyie rekemen kan sangat-sangat puas hati . Dia dah susun semua aturcara majlis kakbena. Kiteorang just ikut apa yang dia suruh. Alhamdulillah lancar sangat majlis takde la kelam kabut jap lagi nak buat ape dan ape dan ape lagi. Hihihi! Kalau nak hubungi DJ Lanz ni ni no hengpong dia 019-932 0452. Try lah whatsApp dia. Dia duduk Pekan. Majlis kakbena dekat Kuantan dia still amik. Heee~ Lepastu sesi amik gambar dengan mama, abah, mak, abah & tok. 




Lepastu sesi bergambar ramai-ramai dengan family. Yang gambar kiri atas tu family angkat dari Johor datang jauh-jauh untuk majlis bangpikakbena nih :) TQ jugak untuk kawan-kawan rapat abampik ceriakan suasana majlis kiteorang. Kawan-kawan kakbena pon tau tapi gambar tarak sebab banyak sangat gambar nak kena edit (pemalas hahaha) TQ so so so so much untuk family kakbena sebab banyaknya lah tolong di belakang tadbir masa majlis kahwin kakbena ni. TQ untuk mama abah sebab layan tetamu2. Abeyie abelie tolong tambah-tambahkan lauk majlis. Yan Adik sebab tolong pegang beg mama. HAHAHA eh silap tolong bagi goodies lah! hihihi TQ untuk kakak2 ipar jugak lepastu anak-anak buah kakbena menceriakan keadaan! Sedara mara kakbena dari kelantan. Jiran-jiran kak bena yang kasi tumpang khemah depan umah . SEMUA lah! Lepastu untuk mak mertua, abah mertua TQ so much jugak terima kite seadaanya ye ye . TQ untuk sedara mara abampik jugak datang ceriakan majlis bangpikakbena nih tau! Sorry tak upload semua gambar sebab banyak sangat haihhhh! 


Nanti kakbena update gambar outdoor petang tu lepas majlis dah setel. Tak tahu lah tu bila pulak nak update tu. HAHAHA







Love,
#msasnaih
#bangpikakakbena