Monday, May 18, 2015

larian tangga


17052015, Ahad | pepagi lagi dah bangun hari ahad ni macam pergi kerja je. Kite dengan dak opis join larian tangga sempena pknp 50 tahun. Kiteorang join amik 10 tingkat je. Pukul 8 pergi daftar. Dapat makanan sikit. Dapat sijil lepastu dapat baju. Kite dapat no 073. Wee :) lepastu taklimat. Dalam pukul 9 lebih start. Dieorang lepas 10 orang. Kite debor macam nak luruh jantung. Masa naik tingkat 4 dah rasa nak pengsan. Tapi kuatkan jugak. Cakap dalam diri. Eh bila lagi nak sampai 10 tingkat kannn. Tapi masa ni berjalan je la. Tak lari. Hahahaha. Tengok tingkat 8 rasa nak jatuh. Mata dah berpinauuuu! Pastu dengar akak dekat tingkat 10 jerit. Sikit lagii sikit lagii. Ok sampai je tingkat 10 dieorang amik masa. Ada sorang abang tu tegur eh dah macam baru lepas bertomoi je awak ni. Hahahaha. Kuanghajo! Kite ni dah pening2 lalat, dengan nafas rasa tak cukup je. Terus naik lif turun bawah. Rasa nak pengsan sangat. Tapi tak nak layan sebab takut jadi perhatian. Malu oi! lepastu tak larat dah nak jalan. Terus duduk. Berlunjur. Ok lega kejap la. Tapi lutut Ya Allah longgar semacam. Sakit kemain! Tu tandanya stamina kurang. Malu oi. Makcik2 tua boleh naik tingkat 20. Kite ni yang muda naik tingkat 10 dah macam ni. Zzzz ~. Duduk2 kejap. Lepastu wan ajak pergi derma darah. Dia lepas derma darah. Kite tak lepas sebab bulan mengambang. Nurse situ kata kalau awal hari tak boleh. Ok frust! :'( duduk kejap lepastu pergi dekat bawah khemah nak bagi hadiah dan cabutan bertuah. Ok harini tak bertuah mana. Hahahaha. Lepas makan. Balikkk! Balik rumah ingat nak tidur sekali lektrik tarakkkk! Sedih sedih. T.T





xoxo
bena