04092015, Jumaat | hari jumaat haritu kite mintak half day je kerja sebab nak pergi KL untuk daftar belajar. Encik tunang sembahyang jumaat dekat masjid rumah kite. Lepastu datang rumah. Makan2 kejap. Siap2 untuk gerak. Kiteorang gerak dalam pukul 3. Cop cop! Mama pun ada sekali. Bukan kite berdua je hokeyyy! Hiks! Tak biasa jadi Co-pilot ni. Sebab selalu kite drive pergi memane. Hiks. Encik tunang sewa homestay dekat shah alam. Sampai sana dalam pukul 7 lebih. Lepastu abah, yan dengan adik pon sampai jugak lepastu. Mandi2 luuu. Lepastu makan reramai. Mama bawak bekal. Wee ♡ Alhamdulillah kenyang. Tak yah risau nak pergi makan memane dah. Hee ;) malam tu ajak encik tunang tengok jalan nak ke UITM Shah Alam. Semua cam dah penat sebab esok mesti jumpa punya sebab guna waze kan. Biasalah budak degil. Nak jugak pergi tengok. Sbb takut esok lewat. Konon nak set masa la nak keluar pukul berapa la. Abah mama yan adik ngan encik tunang asik duk gelak je bab nak pergi kul berapa esok pagi. Adeh. Susah berurusan dengan orang jenis skema bab majlis formal. Hahahaha (aku lah tu. Zzzz)
Love,
#msasnaih
#ilovemyfamily
#lebiub