Saturday, July 11, 2015

Berbuka di padang


08072015, Rabu | sepatutnya berbuka dengan sabrina dekat padang tapi hujan pulak masa ni. Berapa kali dah nak berbuka dekat padang tapi selalu tak jadi. Frust nonggeng je rasa. Cakap dekat encik tunang dah merajuk dengan padang tu. Hahaha. Tup tuppp encik tunang ajak berbuka esok tu dekat padang jugak! Hiks 

09072015, Khamis | Alhamdulillah cuaca elok je hari khamis tu. Balik kerja singgah bazar kejap sebab mama oder ayam percik. Sampai je rumah tup tup encik tunang pun sampai. Encik tunang kena tunggu kejap la ye sebab cik tunang dia nak mandi solat luuu! Hiks! Nak dekat pukul 6 baru keluar rumah. Lepastu pusing cari parking satu hal. Dalam 6.30 gitu selamat dapat parking! Terus g bazar tepi padang tu beli makanan. Wee ~ makanan paling senang kiteorang beli nasi ayam boxing! :) encik tunang beli air katira , kite beli air asam boi. Takde kuih apa. Tibai je la. Janji dapat makan dekat padang. Hihihi. Cari pulak tempat tengah2 konon masa amik gambar nak ada gambar masjid. Hiks! Kiteorang bawak surat khabar je lapik buat duduk. Baru tau dekat situ siap ada orang buat sewa tikar. Power! Lepastu selpie2 kejak. Borak2 kejap sementara tunggu azan. Dua2 muka excited sebab dapat berbuka dekat padang! Hihi. Dah azan. Berbuka apa semua. Kemas2 barang. Lepastu ternampak orang pegang belon zebra. Lepastu kite cakap comel. Rasa nak beli. Tapi segan ah! Encik tunang slumber jom kite beli. Kaver la beli untuk chacha. Ade orang kisah kiteorang ada anak buah? Hahaha. Kite malu! Suh encik tunang bawakkan! Tapi bile sampai dekat kereta. Kite selok sekali! Hahahaha ^^. Kiteorang tak solat dekat masjid besar tu sebab barang apa semua bawak kan. Last2 pergi masjid dekat sebelah ecm. Simpan barang dalam kereta lepastu dua2 g solat. Alhamdulillah. Dah siap solat. Pergi pulak teluk cempedak beli aiskrim drive thru je! First time keluar malam dengan encik tunang. Hiks! Lepastu dah siap makan aiskrim balik rumah. Bagi belon zebra dekat chacha. Muka mak lang dia redho! Hahahaha. Lepastu encik tunang balik muadzam. Sekian terima kasih untuk cerita kali ini! Hiks. Thank you so muchhhhh encik tunang sebab sanggup datang dari muadzam untuk berbuka sesame dengan kite dekat padang tahun ni. Hee ~ ok dah tak merajuk dekat padang! Hikhik




xoxo
#msasnaih
#iloveub